Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Friday 20 January 2012

obesiti!! shuuhh2....p jaoh2....

assalamualaikum & selamat haru jumaat...
hah!! udah baca kew belom tajuk diatas tuhhh???
huhhu,,mesti laa dahh ann..okeh...
nak kongsi sikit tntg obesiti nih??adakah anda juga tergolong dalam golongan obesiti??
okehlahh sama ada ya atau tidak,..xpa2..teruskan mmbaca sampai habes okeh,,,

Kesesuaian Berat Badan (BMI)
Kaedah untuk mengukur kesesuaian berat badan BMI (Indeks Jisim Badan) kg 72 Ketinggian (m2) 1.7x1.7 Ukuran berat badan boleh dilakukan berdasarkan panduan seperti:
1.   Normal: 17-25 
2.   Berat badan berlebihan: 25-30 
3.   Obesiti tahap I: 30-35 
4.   Obesiti tahap II: 35-40 
5.   Obesiti tahap III: 40 ke atas 



ahhaa...anda tergolong dalam golongan mana ek??
okey skrang baca punca2 terjadinya obes ni dengan caqa nak menyukat tahap obes ni plak kehhh....


Punca 
Hampir sebahagian besar masalah obesiti ini berpunca daripada faktor luaran seperti: 
1.   Pemakanan. Pemakanan yang berlebihan terutama makanan yang mengandungi kalori (tenaga) tinggi. Ini termasuklah makanan yang mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi. 
2.   Kurang melakukan senaman. 
3.   Kesibukan bekerja, menonton televisyen dan banyak menghabiskan masa di depan komputer. 
4.   Penyakit-penyakit metabolisme endokrin seperti kekurangan atau terlebih hormon pertumbuhan kortisol. Sekiranya kekurangan hormon thyroxsin atau kekurangan hormon lelaki (testosteron) seseorang boleh mengalami masalah berat badan berlebihan. Ada kalanya ketumbuhan pada hipotalamus boleh menyebabkan individu mempunyai berat badan berlebihan kerana selera makan yang tinggi. 
5.   Ubat-ubatan. Amalan memakan sesetengah ubat-ubatan seperti steroid atau ubat tradisional Cina boleh mengakibatkan berat badan bertambah. Steroid yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit diabetes dan hipertensi. 
6.   Masalah genetik. Terdapat beberapa gen dalam tubuh yang menyebabkan berat badan berlebihan. Sindrom-sindrom seperti Prader-Willi, Laurence Moon Biedl dan sebagainya boleh menyebabkan obesiti. 
7.   Sindrom metabolik. Sindrom metabolik iaitu sejenis penyakit keturunan menyebabkan seseorang itu mempunyai berat badan yang berlebihan, diabetes, hipertensi, tahap kolesterol yang tinggi, gout dan sebagainya. 



Bagaimana menyukat tahap obesiti ??
Selain berat badan berlebihan, seseorang boleh menilai sama ada ia tergolong dalam kategori obesiti melalui ukuran diameter di pusat: 
•   Bagi wanita jika ukuran melebihi 88 sentimeter = risiko tinggi mendapat penyakit dan dikategorikan dalam golongan obesiti. 
•   Bagi lelaki jika ukuran melebihi 102 sentimeter = risiko tinggi untuk mendapat penyakit dan dikategorikan dalam golongan obesiti.



dah baca semua?? sekian saja dari saya..hehe
TQ kerana sudi mmbaca :))

0 comments: