Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Sunday 11 December 2011

AdAkAh AndA JugA mEmpUnyAI "FACEBOOK"??



jika ia,,mari kita renung-renungkan bersama, fikir-fikirkan bersama.. jika satu hari nanti kita mati, akaun facebook ini hanya kita yang tahu password, hanya kita yang boleh access..



dan

selepas kita mati.. apa yang jadi pada akaun fb kita? mungkin ada yang akan ucapkan takziah.. mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu..

tetapi..

sedarkah kita, gambar-gambar kita.. akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur? gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna.. macam mana nanti? lelaki/wanita ajnabi terus-terusan tengok.. dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita.. walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada.. saham dosa terus meningkat..

macam mana? pernah terfikir tak?

tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti? legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita? baju yang membalut aurat itu, seluar pendek yang menunjukkan aurat? bagaimana?

mungkin kini.. kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik, tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya..

tapi di akhirnya nanti.. semua itu tidak akan membawa erti.. semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup.. di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita..

cuba kita renung-renungkan, saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat.. tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan.. peliharalah dirimu sebelum dirimu dikafankan..

jagalah maruah diri sebagai seorang muslimin dan muslimah.. mati itu pasti.. persiapkan diri untuk mati itu satu kewajipan..

“Beramallah untuk duniamu seakan-akan engkau hidup akan selamanya dan beramallah untuk akhiratmu seakan-akan engkau akan mati besok”...Jazakallahu khairan :)

0 comments: