Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Thursday 16 February 2012

10 tanda hari KIAMAT besar sudah dekat

assalamualaikum dan selamat hari Jumaat,.,..:90:semua dah taw kan yg hari jumaat ni merupakan hari penghulu segala hari,..
dah cukup ka bekalan untuk hari kiamat nanti??
apa pandangan anda tentang hari kiamat,..
jujur nadia bgtau bila bercakap tentang hari kiamat ni mmg qasa tkut sgt,..:3:ok entry nadia kali ni pasal kiamat ni bkan nak mengaharapkan kiamat tu datang cepat,..
cuma sekadar renungan kita bersama kayy,.
jum tgk gambar ni n baca

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.

(H.R Muslim).

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat.

10 TANDA2 ITU IALAH

:47:Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

:47:Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

:47:Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

:47:Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa

:47:Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

:47:Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

:47:Gempa bumi di Timur.

:47:Gempa bumi di Barat.

:47:Gempa bumi di Semenanjung Arab.

:47:Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.


Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

akhir kata dari nadia:
"renung2kan dan jum sama2 beramal kearah kebaikan"
assalamualaikum

13 comments:

Sam said...

Assalamualaikum.

terima kasih dengan perkongsian ni.agar kita semua bersiap sedia dengan bekalan yang sepatutnya kita bawa nanti

syahidatul nadiah said...

wsalam tina,..
ya insyaAllah,..
amin :)

LYNN said...

astagfirullahalazim,,insyaALLAH,,moga lps ni kita smkin mjdi hamba ALLAH yg taat denganNYA

syahidatul nadiah said...

@LYNNgrapher

amin,.. :))

amy syifa said...

subhanallah..nice entry dear =)

syahidatul nadiah said...

thanks amy syifa :)

Liza @ Adzriel AB said...

bila di perhatikan sekarang, ramai yg tak ambil kisah pun dgn amaran2 ni hinggalah terjadi malapetaka barulah nak bertaubat... mohon dijauhkan oleh Allah.

syahidatul nadiah said...

Ya lah 2,.thanks liza

Nur Syazana Mohammed Sani said...

terima kasih kerana berkongsi . sangat bergune ^_^

entry baru --> http://syazanasani.com/tudung-menindas-wanita-part-i/

ღ αεn ツ said...

Moga kita sama-sama perbaiki diri :)

Unknown said...

kena siapkan diri amalan kita. Ya Allah... tak ckup lagi ni

Dhea Ahmad said...

thanks utk peringatan bersama.....
keep blogging ya dik and keep in touch

syahidatul nadiah said...

10s kak nadia arrumaisha :)